Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah bercakap kepada TVS ketika temubual esklusif di pejabatnya di Dewan Negara. Foto, TVS.

Dewan Negara: Realisasikan penubuhan tiga jawatankuasa baharu, kukuhkan peranan

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah berkata, beliau mahu melihat peranan semak dan imbang yang dimainkan oleh Dewan Negara terus dimantapkan.

Yang di-Pertua Dewan Negara itu berkata, sehubungan itu beliau mahu merealisasikan penubuhan tiga Jawatankuasa – Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK).

Jelas Awang Bemee salah satunya adalah Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola Integriti dan Anti-Rasuah.

Dewan Negara: Kes kesalahan amang seksual fizikal libatkan kanak-kanak meningkat

“(Yang) kedua (ialah) Jawatankuasa Pilihan Khas Sosial dan Masyarakat dan ketiga Jawatankuasa Pilihan Khas Semakan Undang-Undang.

“(Ini dapat) menentukan bahawa kita berperanan sebagai penyemak dan pengimbang kepada pihak eksekutif dan Dewan Rakyat, (supaya) kita (fungsi Dewan Negara) lebih berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan sumbangan kepada negara,” katanya kepada TVS ketika temu bual esklusif di sini.

Mengulas lanjut, Awang Bemee berkata JKPK Dewan Negara menggalas tanggungjawab dan amanah besar sebagai penyemak dan pengimbang kepada badan eksekutif dan perundangan di negara ini.

“Ia sekali gus meningkatkan keberkesanan serta sumbangan Ahli Dewan Negara kepada tanah air,”katanya.

Dewan Negara: Kes kesalahan amang seksual fizikal libatkan kanak-kanak meningkat

Berkenaan Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas (2024) yang bermula sejak 2 Disember lepas hingga hari ini, Awang Bemee berkata, secara keseluruhannya ia berjalan lancar tanpa sebarang isu besar.

“Saya tidak menghadapi banyak masalah mengenai pelanggaran peraturan, (persidangan) berlangsung dengan cukup baik mengikut standard.

“Cuma apa yang saya hendak tekankan adalah mengenai pengurusan masa ketika berbahas atau menimbang perkara-perkara berkaitan, tumpulah kepada isi penting yang sepatutnya dibahas agar masa itu dapat digunakan dengan lebih baik.

“Dengan itu, apa yang kita bawa dalam perbahasan menjadi satu undang-undang yang baik untuk negara,” jelasnya lagi.

Sementara itu beliau turut menekankan mengenai kehadiran Ahli Dewan Negara yang baik pada sesi persidangan ini telah membuktikan komitmen dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau pada masa sama turut memuji usaha Ahli-Ahli Dewan Negara yang telah melakukan penyelidikan terhadap perkara yang harus dibawa, dibahas dan dilulus dalam persidangan.

“Mereka fasih tentang peruntukan-peruntukan undang-undang yang digubal di Dewan Rakyat dan dibawa ke Dewan Negara.

“Kerja kita (Senator) dalam perbahasan dan persidangan banyak tertumpu pada perkara yang berkaitan,” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan