KUALA LUMPUR, 19 Dis: Seramai 292,000 belia berumur 15 hingga 24 tahun di negara ini masih mengganggur pada suku tahun ketiga 2024.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata jumlah berkenaan bersamaan kadar 9.8 peratus.
Jelas beliau, kadar pengangguran yang tinggi merupakan itu trend yang berlaku di kebanyakan negara memandangkan kumpulan berkenaan baharu menamatkan pengajian dan sukar mendapat pekerjaan akibat tiada pengalaman.
Dewan Negara: Ahli KWSP buat pengeluaran akaun fleksibel berjumlah RM11.6 bilion
“(Suhubungan itu) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sentiasa mengambil langkah proaktif dalam merangka dan melaksanakan pelbagai inisiatif merentasi kementerian dan agensi bagi meningkatkan penyertaan semua golongan belia dalam tenaga kerja, seterusnya mempertingkatkan peluang-peluang pekerjaan,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan Senator Prof. Tan Sri Datuk Dr Mohamed Haniffa Abdullah yang ingin tahu langkah-langkah strategik yang diambil oleh kerajaan dalam menangani pengangguran belia yang semakin membimbangkan terutamanya dalam konteks ekonomi baharu pasca pandemik.
Mohamed Hanifa juga ingin tahu serta bagaimana kementerian dapat bekerjasama dengan sektor industri bagi memperkukuh kepadanan belia dengan peluang pekerjaan sedia ada.
Dewan Negara: DKK bantu filem Malaysia menang anugerah antarabangsa
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, antara inisiatif yang dilaksanakan untuk mengurangkan kadar pengangguran termasuk melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang mempergiatkan beberapa program bagi menggalakkan penyertaan tenaga kerja termasuk Bumiputera.
“(Ini termasuk) penyediaan platform portal MYFutureJobs dalam usaha menambah baik pemadanan antara bidang kelulusan dengan jenis pekerjaan yang ditawarkan.
“(Selain itu kita juga) membangunkan Sistem ‘Carrier Bridge Tool’ yang merupakan sistem berteraskan kaedah dalam talian yang membantu menghubungkan graduan dengan pekerjaan yang sepadan mengikut kelayakan mereka menerusi platform portal MYFutureJobs serta membangunkan Sistem ‘Wage Guide’ yang berperanan untuk membantu graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mengenal pasti dan mengukur potensi sekali gus membuat keputusan tepat dalam pilihan kerjaya mereka,”katanya.
Sementara itu beliau memaklumkan kadar pengangguran nasional Malaysia terus menunjukkan penurunan dengan mencatatkan 3.2 peratus pada suku ketiga 2024, berbanding 3.3 peratus pada suku sebelumnya menurut laporan Survei Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. -TVS.