Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi CIDB Yusuf Abdul Wahab ketika berucap pada Majlis Anugerah Gemilang & Penghargaan Industri Pembinaan Negeri Sarawak 2024 di sini, hari ini.

CIDB pastikan industri pembinaan terus berkembang

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 19 Dis: Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB) komited dalam memperkukuhkan industri pembinaan di Sarawak.

Pengerusinya Yusuf Abdul Wahab berkata, program utama CIDB bertujuan memastikan industri pembinaan di Sarawak terus berkembang dengan mengutamakan keselamatan dan keberkesanan.

“Program seperti Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC) dan Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan (SHASSIC) memberi tumpuan kepada pengukuhan amalan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan, manakala Sistem Pembinaan Industri (IBS) dan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) memacu inovasi dan kecekapan dalam projek pembinaan,” katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Gemilang dan Penghargaan Industri Pembinaan Negeri Sarawak 2024, di sini, hari ini.

Menurutnya, Program Akreditasi Kemahiran Pekerja CIDB (Penilaian Kompetensi Kemahiran) memainkan peranan penting dalam memastikan tenaga kerja yang mahir selaras dengan keperluan Akta 520 dan memenuhi permintaan industri yang semakin berkembang.

Tambahnya, CIDB kini mempunyai 10,461 kontraktor berdaftar yang menggaji seramai 98,981 pekerja.

“Saya amat menggalakkan semua kontraktor dan pekerja untuk mengambil bahagian secara aktif dalam program pembangunan dan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ditawarkan oleh CIDB untuk meningkatkan produktiviti, kualiti, dan keselamatan dalam operasi mereka,” ujarnya.

Majlis Anugerah Gemilang dan Penghargaan Industri Pembinaan Negeri Sarawak 2024 dianjurkan bagi meraikan kecemerlangan dan inovasi dalam industri pembinaan, serta menghargai sumbangan luar biasa Jawatankuasa Pembinaan Sibu (JPSI) 2022-2024.

Dalam majlis yang sama, lima anugerah utama disampaikan, iaitu Anugerah QLASSIC Terbaik 2023-2024, Anugerah SHASSIC Terbaik 2023-2024, Anugerah IBS Terbaik 2024, Anugerah MyCREST Terbaik 2024, Anugerah SCORE Terbaik 2024, dan Anugerah MCORE Terbaik 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan