Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
inisiatif berkenaan menumpukan kepada pengukuhan tadbir urus bandar dan membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan rakyat. Foto hiasan Envato

Beijing rintis jalan pemodenan tadbir urus bandar raya mega

ByBernama

BEIJING, 19 Dis: Forum Beijing 2024 mengenai Tindak Balas Pantas terhadap Aduan Awam membuka tirai di Beijing pada Rabu.

Forum bertemakan “Modernizing for People-centered Urban Governance” itu dianjurkan bersama oleh Akademi Sains Sosial China (CASS), Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan tempatan bandar Beijing.

Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) di Beijing, Yin Li ketika berucap merasmikan forum itu berkata Beijing mengambil inisiatif melancarkan mekanisme pengurusan aduan awam dengan kadar segera sebagai usaha menyempurnakan sistem perkhidmatan awam.

Menurut beliau inisiatif berkenaan menumpukan kepada pengukuhan tadbir urus bandar dan membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan rakyat.

Presiden CASS Gao Xiang berkata pihaknya akan mengoptimumkan kelebihan sendiri dari segi akademik dan bakat, bekerjasama dengan pihak terbabit untuk membina bandar Beijing yang berdaya tahan, mesra alam dan sesuai didiami serta memastikan hasil pembangunan dinikmati semua penduduk.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarang CMG Fan Yun menyatakan mekanisme tindak balas pantas terhadap aduan awam yang dilaksanakan Beijing boleh menjadi rujukan kepada tadbir urus bandar raya bersaiz mega.

Beijing melancarkan mekanisme tindak balas pantas terhadap aduan awam pada 2019 dan berjaya merintis jalan pemodenan tadbir urus bandar raya mega yang berpaksikan rakyat.

Menerusi mekanisme berkenaan, sebanyak 150 juta aduan dan tuntutan penduduk berjaya diuruskan, dengan kadar penyelesaian dan tahap kepuasan masing-masing mencapai 97 peratus. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found