Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh (kiri) pada gimik pelancaran ‘Bangga Buatan Lokal’ Sempena Kempen Beli Barangan Malaysia 2024 di Mydin Subang Jaya hari ini. Foto Bernama

Barangan buatan Malaysia tembusi pasaran global, jana ekonomi negara – Fuziah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Barangan buatan Malaysia mampu menembusi pasaran luar negara susulan pemasaran luas di peringkat global selain kejayaan kempen beli barangan tempatan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.

Beliau berkata menjadi hasrat kerajaan untuk melihat lebih banyak barangan buatan Malaysia menembusi pasaran antarabangsa kerana ia menjana pulangan yang lumayan kepada pengusaha sekali gus meningkatkan ekonomi negara.

“Berdasarkan pencapaian pelaksanaan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) melalui Inisiatif Pemerkasaan Produk Tempatan dalam Industri Peruncitan Tempatan oleh rakan strategik kementerian pada 2023, nilai jualan yang dicatatkan adalah berjumlah RM5.51 bilion.

“Prestasi ini juga menunjukkan peningkatan sebanyak 103.2 peratus berbanding 2022 dan nilai jualan ini dijangka terus meningkat pada 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia ‘Bangga Buatan Lokal 2024’ anjuran Mydin Mohamed Holding Berhad (Mydin), di Subang Jaya, dekat sini hari ini.

Fuziah berkata pelbagai aktiviti jualan dan pameran oleh 12 usahawan terpilih dalam kategori makanan dan aksesori diketengahkan pada program Bangga Buatan Lokal 2024 itu yang diadakan mulai hari ini hingga Sabtu ini.

Program berkenaan, katanya merupakan manifestasi kerjasama antara kementeriannya dan Mydin sebagai rakan strategik bagi Inisiatif Pemerkasaan Produk Tempatan untuk mempromosikan kempen di premis strategik dalam meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang produk lokal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan