Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 68 orang dari 12 buah rumah terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sungai Bedaun selepas kawasan kediaman mereka terjejas banjir malam tadi. Foto APM Kuching

Banjir: 68 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Sungai Bedaun

ByShafik Ahmad

KUCHING, 19 Dis: Seramai 68 orang dari 12 buah rumah terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sungai Bedaun selepas kawasan kediaman mereka terjejas banjir malam tadi.

Kejadian sekitar jam 10.30 malam menyebabkan 14 keluarga terjejas, termasuk lima bayi, tiga orang kurang upaya (OKU), dan empat warga emas.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuching sedang giat menjalankan pemantauan dan operasi pemindahan bagi memastikan keselamatan mangsa yang terlibat.

Setakat ini, keadaan cuaca dan banjir masih dipantau dari semasa ke semasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan