Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bako barjaya menyelamat Dewan Kampung Bako Lot di Kuching musnah dałam kebakaran malam ini. Foto JBPM

Tindakan pantas PBS Bako berjaya selamat dewan musnah terbakar

KUCHING, 18 Dis: Tindakan pantas Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bako barjaya menyelamat Dewan Kampung Bako Lot di sini, musnah dałam kebakaran malam ini.

Komander Operasi, Daniel Theo berkata, pihak bomba menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.21 malam dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi mendapati kebakaran melibatkan struktur dewan. PBS Bako telah berada di lokasi sedang memadam kebakaran.

“Pihak bomba membantu pihak bomba sukarela memadam kebakaran tersebut dengan menggunakan satu aliran hos 500 kaki satu nozel untuk membuat overhaul. Anggaran kemusnahan tidak lebih 50 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran tidak melibatkan kecederaan, punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan