Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, ketika penyerahan sumbangan pembiayaan pembedahan alat bantu pendengaran untuk Rhea Moh Ning Xuan. Foto TVS

Sumbangan orang ramai bantu Rhea jalani pembedahan pendengaran

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 18 Dis: Sumbangan orang ramai untuk membantu rawatan pembedahan alat bantu pendengaran bagi bayi Rhea Moh Ning Xuan kini mencecah RM87,759.60.

Kutipan dana berkenaan dilakukan dari 4 hingga 13 Disember lalu merupakan sumber harapan bagi keluarga Rhea, yang kini bakal menjalani pembedahan pada 22 Disember ini di Borneo Medical Centre (BMC).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew daripada dana itu RM55,000 telah diserahkan kepada pembekal alat bantu pendengaran manakala baki RM32,759.60 diserahkan kepada ibu Rhea untuk rawatan susulan di Kuching.

Selain itu, katanya BMC juga memberi sumbangan percuma melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi memudahkan proses rawatan.

“Sebanyak RM55,000 telah dikeluarkan dalam bentuk cek kepada Hearlife Borneo Sdn. Bhd., yang akan dibayar kepada pembekal peranti alat bantu pendengaran. Sumbangan awal sebanyak RM70,000 daripada ibu bapa Rhea membawa jumlah keseluruhan kepada RM125,000.

“Setelah membayar RM55,000, baki yang ada adalah RM32,759.60. Hari ini, kami dengan sukacitanya menyerahkan baki ini kepada Janet Teng, ibu kepada bayi tersebut, yang akan digunakan untuk rawatan susulan di Kuching,” katanya.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata demikian ketika mengumumkan sumbangan terkumpul bagi pembiayaan pembedahan alat bantu pendengaran untuk Rhea, yang diserahkan di pejabatnya, di Miri, hari ini.

Pembedahan Rhea bagi mendapatkan alat bantuan pendengaran dijadualkan pada 22 Disember ini di BMC.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan