Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek dibawa ke mahkamah pada 15 Disember 2024 untuk tujuan reman bersabit kes bunuh seorang wanita di Tabuan Jaya, baru-baru ini. Foto fail Faitullah Morni (TVS)

Siasatan kes bunuh wanita di Tabuan Jaya hampir selesai

KUCHING, 18 Dis: Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan kes pembunuhan seorang wanita berumur 26 tahun di Tabuan Jaya kini hampir selesai.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata beberapa bahan bukti penting berkaitan kes tersebut telah ditemui beberapa hari lalu.

Dato Mancha Ata

“Beberapa hari lepas kita jumpa pakaian dia (mangsa) dan ada pengakuan serta dia tunjuk sendiri di mana mangsa dia dibuang.

“Secara teori kes ini boleh dikatakan dah hampir selesai,” katanya pada sidang media selepas Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Krismas 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.

Terdahulu, kawasan komersial di Tabuan Jaya menjadi tumpuan selepas penemuan mayat seorang wanita pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, dalam kenyataan berkata, mayat yang sudah mereput itu ditemui di longkang di Jalan Setia Raja.

Susulan kejadian, seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 15 Disember 20204 bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ling Hui Chuan selepas permohonan dibuat oleh pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching. Reman tersebut berkuat kuasa sehingga 22 Disember 2024.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan