Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tujuh band underground tempatan bakal menggegarkan Sarawak Metal Regime (SMR) yang memasuki edisi ketujuh penganjurannya di Hijau Lounge Sibu, pada 28 Disember ini.

Sarawak Metal Regime kembali di Sibu 28 Disember ini

SIBU, 18 Dis: Tujuh band underground tempatan bakal menggegarkan pentas Sarawak Metal Regime (SMR) edisi ketujuh di Hijau Lounge Sibu, pada 28 Disember ini.

Penganjurnya, Taz berkata, acara itu bermula pada 2013 lalu sebelum berehat selama tiga tahun selepas penularan wabak pandemik Covid-19.

Katanya, band yang bakal beraksi ialah Lost Infidel (Kuching), Curse of God (Bintulu), Erectus (Bintulu), Conception (Sibu), Baksidik (Sibu), Severe Bleeding (Kuching) dan Nirram (Sibu).

“Sebelum ini, kita menampilkan band metal ternama Malaysia dan Singapura seperti As sahar, Sil Khannaz dan Langsuir tetapi kali ini, kita memilih band tempatan sebagai tanda sokongan kepada bakat anak Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Taz kesemua band itu mempunyai material sendiri dan pengaruh masing-masing dalam pergerakan muzik bawah tanah sekali gus menjadi platform peminat menikmati persembahan band kegemaran mereka secara langsung.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Lost Infidel dan Curse of God cukup dikenali dalam pesada muzik underground yang dijangka memberikan persembahan penuh tenaga.

“Pada masa yang sama, kita tidak boleh menidakkan keupayaan Baksidik, Erectus dan Conception sememangnya mempunyai pengaruh kuat, manakala Severe Bleeding dan Nirram pula semakin dikenali berikutan tampil di pentas muzik sebegini,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai boleh mendapatkan tiket berharga RM40 untuk pembelian awal boleh didapati di Go Why Town, Wisma Sanyan Sibu dan harga di pintu masuk ialah RM50.

Penganjuran gig itu turut disokong oleh beberapa label seperti Go Why Town, Palak Besi dan Johnny Barber.

“Kita juga bercadang mengadakan satu festival selaras dengan misi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Sarawak yang mahukan lebih banyak aktivti acara seumpama itu dianjurkan,” katanya sambil menambah, dokongan padu rakan seperjuangan, Adi Hipni turut menjadi tunggak kejayaan SMR bertahan hingga ke hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan