Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov melintasi Kawalan Kehormat Setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja sejurus tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersempena lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini. Foto Bernama

Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow tiba di Malaysia untuk lawatan dua hari

ByBernama

SEPANG, 18 Dis: Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow tiba di Malaysia untuk memulakan lawatan sulung beliau ke negara ini, yang bermula hari ini dan berakhir esok.

Pesawat khas yang membawa Berdimuhamedow selamat mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7.20 malam.

Menyambut ketibaan beliau dan delegasi Turkmenistan ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Sejurus ketibaan beliau, Berdimuhamedow memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada 28 anggota dan pegawai Batalion Pertama Regimen Renjer Diraja (Istiadat).

Menurut kenyataan Kementerian Luar, juga dikenali sebagai Wisma Putra, Berdimuhamedow akan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra di Putrajaya esok disusuli pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu dua hala termasuk perdagangan dan pelaburan, kerjasama minyak dan gas, pendidikan tinggi, pelancongan serta keterhubungan.

Perdagangan antara Malaysia dan Turkmenistan menunjukkan pertumbuhan yang ketara.

Antara Januari hingga Oktober 2024, jumlah dagangan melonjak 74.8 peratus kepada RM63.28 juta (US$13.90 juta) berbanding RM36.19 juta (US$7.91 juta) dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

Pada 2023, Turkmenistan merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Tengah dengan jumlah perdagangan RM48.62 juta (US$10.57 juta). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan