Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din sebagai pengerusi agensi itu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Mac 2025. Foto fail Bernama

Mohamad Salim dilantik semula sebagai pengerusi MCMC

ByBernama

PUTRAJAYA, 18 Dis: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan kepada Bernama pelantikan semula Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din sebagai pengerusi agensi itu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Mac 2025.

Menurut laporan media sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melanjutkan tempoh perkhidmatan Mohamad Salim pada Isnin.

Mohamad Salim dilantik sebagai Pengerusi MCMC bagi dua tahun bermula 1 Mac 2023 hingga 29 Februari 2025.

Dilaporkan, di bawah pimpinan beliau, MCMC mencatatkan prestasi kewangan terbaik dengan pendapatan bersih RM1.13 bilion tahun lepas iaitu peningkatan 38 peratus berbanding RM820.6 juta pada tahun sebelumnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan