Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Malaysia kepada Palestin di bawah inisiatif Kerajaan Jordan di sini, hari ini. Foto: Amir (TVS)

Mohamad mohon maaf merokok di kawasan larangan, janji bayar kompaun

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 18 Dis: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memohon maaf atas kesalahan merokok di kawasan larangan dengan berjanji akan menjelaskan bayaran kompaun yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepadanya, hari ini.

Mohamad berkata, beliau mengesahkan telah menerima notis kesalahan itu yang diserahkan pegawai kesihatan Seremban pagi tadi.

“Sekiranya ini menjadi kerisauan dan isu dalam kalangan masyarakat, saya mohon maaf. Kompaun saya akan bayar dan harap ia tidaklah terlalu banyak (mahal),” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Malaysia kepada Palestin di bawah inisiatif Kerajaan Jordan di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Seremban yang diberi kuasa akan bertemu Mohamad untuk menyampaikan notis itu.

Pada Selasa, tular satu gambar yang memaparkan seorang individu dipercayai Mohamad sedang memegang rokok ketika bersama sekumpulan lelaki. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan