Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan Pelan Strategik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Kebangsaan telah dipersetujui pada Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2024, hari ini. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Mesyuarat Majlis SDG Negara setuju cadangan Pelan Strategik ESG Kebangsaan – PM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan Pelan Strategik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Kebangsaan telah dipersetujui pada Mesyuarat Majlis SDG Negara Tahun 2024, hari ini.

Beliau berkata pelan itu dirangka dalam usaha kerajaan membawa entiti perniagaan Malaysia secara berfasa ke arah pematuhan dan pelaporan ESG, malah ke peringkat melangkaui tahap pematuhan sekali gus mewujudkan kelebihan kompetitif dan pembangunan mampan negara.

“Saya singgung keperluan memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak dibebankan dengan kos yang tinggi dalam usaha mematuhi garis panduan ESG, justeru disarankan bantuan latihan penerapan ESG turut dilaksanakan oleh syarikat-syarikat tersenarai awam, multinasional dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Ini penting bagi menyokong PKS dalam rantaian nilai masing-masing, sayugia kementerian-kementerian yang berkaitan disaran memperkukuh program latihan bersesuaian kepada entiti perniagaan yang disasarkan,” katanya dalam hantaran di Facebook selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Anwar berkata berhubung prestasi semasa indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) negara, mesyuarat dimaklumkan Malaysia mencatatkan kemajuan memberangsangkan dengan unjuran pencapaian 43 peratus sasaran SDG menjelang 2030.

Beliau berkata ia mengatasi purata unjuran pencapaian global pada 17 peratus.

“Kerajaan MADANI kekal berpegang teguh dengan sasaran indikator SDG negara, seiring dengan sasaran-sasaran Ekonomi MADANI sementelahan pendekatan keseluruhan negara amat penting dalam mempergiat dan menambah baik inisiatif-inisiatif yang telah dirangka,” kata beliau. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan