Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menyerahkan replika cek sumbangan bantuan kemanusiaan kepada Dr Ismael Maddallah Suliman Maaytah di sini, hari ini. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

Malaysia sumbang 5 juta dolar AS bantuan kemanusiaan kepada Palestin

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 18 Dis: Sejumlah lima juta dolar Amerika Syarikat (AS) disumbangkan oleh Malaysia kepada Jordan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sumbangan itu adalah daripada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang telah berjaya mengumpul RM99 juta sehingga Oktober tahun ini.

“Kerjasama antara Malaysia dan Jordan dilakukan apabila rakan sejawat saya memberitahu berkenaan rancangan kedua Raja Abdullah iaitu operasi yang bertujuan untuk mewujudkan jambatan udara antara Zarqa, Jordan, dan persimpangan Karni berhampiran Gaza.

“Misi selama tujuh hari ini akan menggunakan helikopter Black Hawk untuk menghantar 238 tan bantuan bernilai tinggi kepada rakyat Palestin sekali gus menjadikannya lebih mudah untuk masyarakat antarabangsa memastikan bahawa bantuan kemanusiaan dihantar dengan selamat dan cekap kepada mereka yang memerlukan dengan kadar segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Malaysia kepada Palestin di bawah inisiatif Kerajaan Jordan di sini, hari ini.

Yang turut hadir Duta Besar Jordan ke Malaysia, Dr Ismael Maddallah Suliman Maaytah.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, sumbangan yang diberikan Malaysia itu juga akan membantu Jordan dalam memperoleh lebih banyak trak yang akan digunakan untuk memasuki Gaza melalui laluan darat.

Mohamad menambah, pihakya mengiktiraf sumbangan rakyat Malaysia yang secara berterusan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

“Menerusi OP Ihsan dan lain-lain, kita telah serahkan lebih RM70 juta dan ada baki sedikit lagi yang akan kita serahkan secara terus kepada Palestin supaya mereka dapat membina dan mengurus semula perigi-perigi yang telah pun dimusnahkan. Wang itu juga akan membantu mereka dalam aspek perubatan yang amat diperlukan,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan