Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek kes bunuh di ladang sawit di Mukah berjaya diberkas polis pada Selasa. Foto PDRM

Lelaki warga asing disyaki terbabit kes bunuh berjaya ditangkap

MUKAH, 18 Dis: Seorang lelaki warganegara asing yang dikehendaki polis selepas disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang pekerja ladang sawit di sini, berjaya dicekup petang semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penahanan suspek dibuat pada jam 4.15 petang dalam Ops Kesan yang dilancarkan sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah di sebuah ladang kelapa sawit.

“Apabila terserempak dengan pasukan polis, suspek cuba melarikan diri dan kekerasan yang minima terpaksa digunakan semasa membuat tangkapan,” katanya.

Menurutnya, suspek bersembunyikan diri kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian sebelum lokasinya berjaya dikesan.

“Turut dirampas senjata dan pakaian yang digunakan semasa kejadian. Ujian urin mendapati suspek juga positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya.

Sehubungan itu, Mahkamah Majistret Mukah membenarkan tahanan reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula hari ini.

Suspek dibawa ke mahkamah pada kira -kira jam 9.00 pagi hari ini.

Dalam kejadian 15 Disember lalu itu, seorang warga asing berusia 29 tahun maut selepas terbabit dalam satu pergaduhan akibat salah faham di sebuah rumah pekerja dalam ladang kelapa sawit.

Mangsa meninggal dunia akibat ditetak menggunakan objek tajam menyebabkannya cedera parah di bahagian leher dan perut.

Susulan itu, polis menjejaki suspek juga warga negara asing yang bertindak melarikan diri selepas kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan