Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Skuad Harimau Malaya, Endrick dos Santos (dua,kiri) ketika menjalani sesi latihan semasa Kem Latihan Pusat bagi menghadapi saingan AFF Mitsubishi Electric Cup 2024 di Wisma FAM hari ini. Foto Bernama

Kejohanan ASEAN: Kami tetap yakin dengan Haziq – Endrick

ByBernama

PETALING JAYA, 18 Dis: Pemain tengah Harimau Malaya Endrick Dos Santos sentiasa memberikan sokongan padu kepada penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli meskipun kesilapannya menyebabkan Malaysia kecundang 0-1 kepada Thailand dalam perlawanan ketiga Kumpulan A Kejohanan ASEAN 2024 di Bangkok pada Sabtu.

Endrick berkata dalam perlawanan adakala kesilapan tidak disengajakan dan Haziq kekal tonggak penting dalam skuad negara.

“Kami tahu dia seorang penjaga gawang yang hebat. Kami tetap yakin dengan kemampuannya.

“… (kesilapan) boleh berlaku kepada saya dan semua pemain lain. Jika jurulatih memilihnya saya percaya dia mampu untuk beraksi,” kata Endrick ketika ditemui pemberita pada sesi latihan hari ini.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata semua pemain lega berikutan lawan terakhir Kumpulan A iaitu Singapura tewas 2-4 kepada Thailand malam tadi.

Bagaimanapun, pemain naturalisasi kelahiran Brazil itu menyeru rakan sepasukan memberikan sepenuh tumpuan untuk melakar kemenangan dalam ‘Derby Causeway’ di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada Jumaat.

“Saya rasa kami ada peluang cerah (menentang Singapura) apatah lagi beraksi di laman sendiri. Jadi, kami perlukan sokongan peminat,” katanya.

Malaysia perlu menewaskan Singapura untuk melangkah ke separuh akhir.

Thailand ketika ini mendahului Kumpulan A dengan sembilan mata diikuti Singapura (enam mata), Kemboja (empat mata), Malaysia (empat mata) dan Timor-Leste berada pada kedudukan terakhir tanpa sebarang mata.

Andai mampu menundukkan Singapura, Malaysia akan memperoleh tujuh mata yang sepatutnya cukup untuk menempah tempat kedua dalam Kumpulan A kerana Thailand dijangka tidak berdepan masalah menewaskan Kemboja di laman sendiri di Stadium Nasional Rajamangala.

Hanya dua pasukan teratas Kumpulan A dan Kumpulan B bakal mara ke peringkat separuh akhir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan