Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.Foto: TVS

Keadaan terkawal, tiada keperluan bawa pulang pelajar

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 18 Dis: Malaysia belum berhasrat untuk membawa pulang pelajar dari negara ini yang sedang melanjutkan pengajian di Syria setakat ini, dengan menegaskan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan berhubung dengan lebih 50 pelajar Malaysia yang menetap di negara Timur Tengah itu.

“Di sana, kita konsul kehormat secara harian berhubung dengan Wisma Putra dan saya terus. Beliau memaklumkan perkembangan di sana dengan mengambil gambar dan video pelajar-pelajar kita yang memaparkan mereka berada dalam keadaan selamat dan menerima makanan yang mencukupi.

“Setakat ini, belum ada lagi hasrat untuk kita membawa mereka pulang kerana keadaan di sana baik dan tenang,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Malaysia kepada Palestin di bawah inisiatif Kerajaan Jordan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, Malaysia mengutuk tindakan Israel yang menceroboh kawasan Syria dengan rejim zionis itu turut melakukan serangan secara besar-besaran ke beberapa lokasi yang menyebabkan kemusnahan dan kematian.

“Syria adalah sebuah negara yang merdeka dan kemasukan mereka (Israel) ke Golan Heights yang berada dalam wilayah Syria adalah melanggar undang-undang antarabangsa. Kita (Malaysia) mahukan supaya Israel segera berundur dari kawasan tersebut dan tidak lagi memperluaskan kawasan mereka dengan mencerobohi Syria,” tegasnya.

Pada 8 Disember lepas, Bashar al-Assad digulingkan oleh kumpulan pemberontak yang dipimpin Hayat Tahrir al-Sham sekali gus menamatkan perang saudara Syria yang bermula sejak 2011. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan