Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto TVS.

Industri pelancongan Sabah sumbang RM13.1 bilion kepada ekonomi negeri pada 2023

KOTA KINABALU, 18 Dis: Industri pelancongan Sabah mencatatkan pencapaian memberangsangkan dengan sumbangan sebanyak RM13.1 bilion kepada ekonomi negeri, iaitu 11.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah.

Menurut data daripada Akaun Satelit Pelancongan Wilayah (RTSA) Sabah 2023 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Keluaran Dalam Negeri Kasar Pelancongan Langsung (KDNKPL) Sabah meningkat sebanyak 47.4 peratus atau RM4.2 bilion pada tahun 2023, menyumbang 3.8 peratus kepada KDNK Sabah.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Christina Liew, sektor perdagangan runcit menjadi penyumbang utama dengan 43.9 peratus, diikuti perkhidmatan penginapan dan penyediaan makanan serta minuman (30.2%).

“Sektor ini masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak 2.2 peratus dan 2.7 peratus. Selain itu, sektor agensi pengembaraan, kebudayaan, sukan, rekreasi, dan pengangkutan turut menunjukkan pertumbuhan yang positif, masing-masing pada kadar 4.4 peratus dan 6.1 peratus.

“Industri pelancongan juga telah menjana 362.7 ribu pekerjaan, meningkat sebanyak 7.1 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Christina menambah bahawa sektor perdagangan runcit serta perkhidmatan penginapan dan makanan menjadi penyumbang utama, merangkumi 86.0 peratus daripada keseluruhan guna tenaga industri ini.

“Secara keseluruhan, sektor ini menyumbang hampir suku daripada jumlah guna tenaga di Sabah pada tahun 2023,” katanya.

RTSA Sabah 2023 adalah inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan kerjasama dengan DOSM sejak 2022.

Christina menjelaskan bahawa data ini memberi panduan jelas kepada pemain industri seperti pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan penyedia perkhidmatan untuk merancang strategi perniagaan mereka.

“Ia juga menjadi rujukan penting kepada kementerian dalam membentuk dasar dan merancakkan aktiviti pelancongan Sabah pasca pandemik COVID-19,” tambahnya.

Penerbitan kedua RTSA ini mengukuhkan usaha Sabah dalam mengukur prestasi pelancongan negeri dan merancang pemulihan mampan untuk sektor ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan