Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak polis mengesahkan hasil laporan Asid Deoksiribonukleik (DNA) identiti mayat yang dijumpai hampir reput di kawasan longkang, Jalan Setia Raja di sini baru-baru ini merupakan seorang wanita dikenali Nurul Asikin Lan. Foto hiasan Envato

Hasil laporan DNA sahkan identiti mayat Nurul Asikin

KUCHING, 18 Dis: Pihak polis mengesahkan hasil laporan Asid Deoksiribonukleik (DNA) identiti mayat yang dijumpai hampir reput di kawasan longkang Jalan Setia Raja di sini baru-baru ini, merupakan seorang wanita dikenali Nurul Asikin Lan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Farhan Lee Abdullah berkata, kes bunuh itu kini sedang dalam siasatan pihak polis.

“Kita mengingatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih kerana ia akan mengganggu siasatan yang dijalankan.

“Pihak polis memohon orang ramai untuk menyalurkan maklumat ke balai berhampiran berkaitan kejadian ini dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-24444 atau Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, ASP Tan Kian Kok di talian 010-5661576 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, kawasan komersial di Tabuan Jaya menjadi tumpuan selepas penemuan mayat seorang wanita berusia 26 tahun yang sudah mereput ditemui di longkang di Jalan Setia Raja pada malam Sabtu.

Susulan kejadian, seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 15 Disember 2024 bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ling Hui Chuan selepas permohonan dibuat oleh Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching. Reman tersebut berkuat kuasa sehingga 22 Disember 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan