Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang menjawab persoalan di Dewan Negara hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Negara: Trend aliran migrasi penduduk desa ke bandar berkurang

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan migrasi penduduk desa ke bandar mencatatkan trend menurun, Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, pada 2023 migrasi dari dalam negeri melibatkan penduduk desa ke bandar berkurangan iaitu 3.0 peratus pada 2020 kepada 2.4 peratus pada 2022.

Di pihak kementerian kata Rubiah, pemantauan dilakukan terhadap infrastruktur asas dan kemudahan sosial di luar bandar melalui beberapa kaedah bagi memastikan ia setanding dengan kawasan bandar.

“Kementerian (juga) sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti jawatankuasa, pihak berkuasa tempatan (PBT), pihak-pihak berkepentingan seperti Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) bagi memastikan pembangunan di luar bandar dijalankan dengan kompetitif dan juga memenuhi keperluan penduduk.

“Kementerian turut melaksanakan pemantauan ketercukupan infrastruktur asas dan kemudahan sosial melalui Sistem Pemantauan Projek Dalaman KKDW dan juga sistem MyProjek dari ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan),” katanya di sini hari hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Koh Nai Kwong mengenai trend migrasi penduduk dari desa ke bandar dan sebaliknya sejak 2020 hingga 2024 serta kaedah kementerian menilai ketercukupan infrastruktur asas dan kemudahan sosial di luar bandar agar setanding dengan kawasan bandar.

Sementara itu tambah Rubiah, data-data yang diterbitkan DOSM seperti Laporan Survey Kemudahan Asas, My Local Statistics Malaysia dan Spatial Characteristics of Rural Malaysia System (S-CHARMs) turut dijadikan sebagai panduan serta pengukuran.

“Kita berharap melalui pelaksanaan kaedah-kaedah tersebut, pembangunan infrastruktur dan kemudahan sosial di luar bandar dapat setanding dengan kawasan bandar bagi membolehkan penduduk luar bandar menikmati kualiti hidup yang lebih baik,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan