Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
umlah penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Arau dan Stesen Padang Besar bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini mencecah 490,105 orang. Foto, KTMB Berhad.

Dewan Negara: Penumpang ETS di Perlis cecah 490,000, penambahbaikan menjelang 2025

ByHandy G

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Jumlah penumpang perkhidmatan tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Arau dan Stesen Padang Besar bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini mencecah 490,105 orang.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, kadar purata penumpang harian pula seramai 1,600 orang.

Sehubungan itu kata beliau, kementerian komited untuk menambah baik perkhidmatan tren ETS bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna terutama semasa musim cuti sekolah dan perayaan.

“Antara langkah yang diambil termasuk kerja penyelenggaraan intensif terhadap 10 set tren ETS sedia ada, yang dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat 2025.

“Selain itu, 14 set tren lain akan menjalani proses penyelenggaraan bermula awal 2025,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Baharuddin Ahmad yang ingin tahu mengenai statistik penumpang tren ETS pada tahun ini, khususnya bagi destinasi ke Perlis, serta usaha menambah baik perkhidmatan tren yang terus menjadi pilihan utama orang ramai, khususnya ketika musim cuti sekolah dan perayaan.

Sementara itu Hasbi memaklumkan, bagi meningkatkan kapasiti, kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik baharu yang dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2025.

Dewan Negara: Malaysia komited lindungi kedaulatan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)

“KTMB juga akan menyediakan tren tambahan khusus untuk laluan popular KL Sentral-Padang Besar semasa musim perayaan dan cuti sekolah.

Dewan Negara: Malaysia komited lindungi kedaulatan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)

“Sebagai usaha meningkatkan pengalaman pengguna, KTMB telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk kafe bistro dalam tren, pembelian tiket secara tanpa tunai melalui kad kredit, debit, dan e-wallet, serta perkhidmatan kelas perniagaan dengan laluan KL Sentral-Padang Besar dan KL Sentral-Butterworth setiap hari,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan