Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan komited untuk memastikan kedaulatan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia terpelihara meskipun berdepan peningkatan aktiviti ketenteraan dan pembangunan infrastruktur oleh negara tertentu di Laut China Selatan.Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Dewan Negara: Malaysia komited lindungi kedaulatan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)

ByHandy G

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Kerajaan komited untuk memastikan kedaulatan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia terpelihara meskipun berdepan peningkatan aktiviti ketenteraan dan pembangunan infrastruktur oleh negara tertentu di Laut China Selatan.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohammad Alamin berkata, isu berkenaan bersifat kompleks dan sensitif.

Sehubungan itu kata beliau, ia memerlukan pendekatan yang lebih berhati-hati, teliti dan menyeluruh agar kepentingan negara tidak terjejas.

“Kerajaan sentiasa memantau dengan rapi perkembangan di kawasan perairan tersebut melalui kerjasama pelbagai kementerian dan agensi, termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Tindakan seperti rondaan berkala, pengawasan, pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan secara konsisten bagi menunjukkan kehadiran Malaysia di kawasan tersebut serta memastikan keselamatan perairan maritim negara,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Tan Sri Mohammad Fatmi Che Salleh yang ingin tahu langkah-langkah kerajaan dalam melindungi kedaulatan ZEE negara, khususnya di tengah-tengah ketegangan akibat tuntutan bertindih dan peningkatan aktiviti China di Laut China Selatan.

Mohammad Alamin turut menjelaskan bahawa kerajaan mengguna pakai pendekatan “whole of government” bagi menyelaraskan tindakan pelbagai agensi dalam menjamin keselamatan perairan negara.

“Rondaan keselamatan bukan sahaja memastikan kedaulatan perairan, tetapi juga kelancaran aktiviti ekonomi seperti eksplorasi dan eksploitasi hidrokarbon di kawasan ZEE,” tambahnya.

Selain itu jelas beliau, kerajaan tidak teragak-agak mengemukakan nota bantahan terhadap negara-negara yang menceroboh kawasan maritim Malaysia, selaras dengan pendirian tegas negara dalam isu ini.

Beliau turut menyeru semua pihak mengelak daripada tindakan provokatif yang boleh mencetuskan ketegangan, serta menekankan kepentingan mengamalkan kawalan diri.

Menurutnya, pendirian Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan ZEE sentiasa ditegaskan di pelbagai peringkat pertemuan antarabangsa, termasuk di peringkat pemimpin negara dan kumpulan kerja, demi memastikan hak dan kepentingan negara terus dilindungi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan