Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengadakan perbincangan mengenai kewajaran untuk memasukkan peruntukan mengenai pemberian lesen dan kawal selia tatacara operasi hotel di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Lesen, kawal selia operasi hotel dicadang di bawah Akta 482

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengadakan perbincangan mengenai kewajaran untuk memasukkan peruntukan mengenai pemberian lesen dan kawal selia tatacara operasi hotel di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Timbalan Menterinya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata perbincangan tersebut akan melibatkan MOTAC, kerajaan negeri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Akta tersebut memperuntukkan keperluan pendaftaran premis penginapan pelancongan termasuk hotel tetapi kawal selia dan penguatkuasaan operasi hotel bukan terletak di bawah MOTAC.

“Kementerian ini juga akan mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri dalam menyelesaikan isu ini yang merangkumi pengambilan pekerja asing dalam sektor perhotelan.

“Ia bagi memastikan standard dan kualiti perkhidmatan premis penginapan pelancong sentiasa pada tahap yang tinggi terutamanya dalam melaksanakan Kempen Melawat Malaysia 2026,” ujarnya di Dewan Negara hari ini.

Dewan Negara: Sarawak berpotensi jadi hab data AI di Kepulauan Borneo

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Ahmad Ibrahim mengenai hasrat kerajaan menetapkan garis panduan yang ketat terhadap pengusaha-pengusaha hotel mengenai polisi daftar masuk dan daftar keluar yang dilihat memberi masalah kepada pengguna.

Menurutnya perkara berkaitan rumah tumpangan dan rumah pemalaman telah diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sebagaimana yang diperuntukkan dalam Senarai II Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Ia bermakna kawalan rumah tumpangan dan rumah pemalaman adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang diselia PBT negeri masing-masing. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan