Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mary Jane Veloso berpeluang bertemu dua anak lelakinya dan bapanya (kiri) sebaik tiba di Penjara Wanita di Manila pada 18 Disember 2024. Foto AFP

Banduan Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia

ByBernama

MANILA, 18 Dis: Mary Jane Veloso, seorang rakyat Filipina yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi Rabu setelah melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara, lapor Xinhua.

Veloso, 39 tahun menjalani hukuman penjara hampir 15 tahun di penjara Yogyakarta, Indonesia, sejak penahanannya pada 2010 apabila dia didapati membawa 2.6 kilogram heroin yang disembunyikan dalam bagasinya di sebuah lapangan terbang.

Ibu kepada dua anak itu meninggalkan Filipina untuk bekerja di luar negara, menafikan tuduhan penyeludupan dadah dan mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan.

Pada 2015, dia hampir dihukum mati namun mendapat penangguhan hukuman pada saat-saat akhir.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, pihak berkuasa Indonesia menyerahkan Veloso kepada pegawai Filipina pada malam Selasa.

Kerajaan Filipina menyampaikan penghargaan kepada pemerintah Indonesia atas repatriasi Veloso setelah lebih sedekad rundingan diplomatik.

“Ini adalah pencapaian penting bagi hubungan dua hala antara Filipina dan Indonesia, yang menunjukkan kepercayaan dan persahabatan antara kedua-dua negara,” kata Setiausaha Luar Filipina, Enrique Manalo.

Setibanya di Manila, Veloso dihantar ke sebuah penjara wanita untuk proses lanjut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan