Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Badan Perwakilan Pemilih Amerika Syarikat (US Electoral College) secara rasmi mengesahkan kemenangan Presiden terpilih Donald Trump. Foto fail AFP

Badan Perwakilan Pemilih AS sahkan kemenangan Trump dalam pilihan raya 2024

ByBernama

WASHINGTON, 18 Dis: Badan Perwakilan Pemilih Amerika Syarikat (US Electoral College) secara rasmi mengesahkan kemenangan Presiden terpilih Donald Trump dan Naib Presiden pilihan JD Vance, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Seramai 538 perwakilan pemilih berkumpul di ibu negeri masing-masing pada Selasa untuk melaksanakan tanggungjawab mereka, mengundi bagi jawatan presiden dan naib presiden selaras dengan kehendak pengundi.

Trump memperoleh 312 undi pemilih, melepasi ambang 270 undi yang diperlukan untuk menang.

Maryland menjadi negeri pertama yang mengundi, memberikan 10 undi pemilih kepada Naib Presiden Kamala Harris.

Hawaii, negeri terakhir yang menyelesaikan proses itu turut memberikan empat undinya kepada Harris.

Semua undi pemilih dari setiap negeri akan dikira dan disahkan semasa sesi bersama Dewan Perwakilan dan Senat pada 6 Jan.

Selepas proses itu, Trump dan Vance dijangka mengangkat sumpah jawatan pada 20 Jan dan secara rasmi memulakan tugas mereka sebagai Presiden dan Naib Presiden Amerika Syarikat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan