Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Amerika Syarikat menyerahkan kembali dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto Media sosial

AS serah rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Dis: Amerika Syarikat menyerahkan kembali dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata kerajaan telah merangka suatu program reintegrasi yang komprehensif khusus untuk kedua-dua individu berkenaan merangkumi bantuan perkhidmatan sokongan, kebajikan dan saringan kesihatan.

“Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI atas prinsip hak asasi manusia dan dukungan keadilan sejagat telah menerima dua warganegara Malaysia, Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep, yang diserah oleh kerajaan Amerika Syarikat selepas ditahan sejak 2006.

“Kementerian Dalam Negeri merakamkan ucapan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat dalam menyempurnakan proses penyerahan kedua-dua warganegara Malaysia ini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Pada 1 Okt lepas, Saifuddin Nasution berkata kerajaan memulakan rundingan dengan pihak berkuasa Amerika berkaitan cadangan untuk membawa pulang dua rakyat Malaysia itu dan masih belum ada sebarang keputusan dibuat.

Mohammed Farik atau Zaid (Zubair) dan Mohammed Nazir atau Bashir Lep (Lillie), ditahan di kem berkenaan atas dakwaan terbabit dalam kumpulan militan Jemaah Islamiah dan Al-Qaeda sejak 2003.

Pada 30 Ogos 2021, Mohammed Farik dan Mohammed Nazir dihadapkan ke Mahkamah Pangkalan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Teluk Guantanamo, berhubung insiden pengeboman di Bali, Indonesia kira-kira 19 tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan