Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata merasmikan Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya Menjelang hari Krismas 2024 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak di Kuching pada Rabu. Foto TVS

19,964 kes kemalangan jalan raya di Sarawak setakat Nov, kadar membimbangkan

KUCHING, 18 Dis: Kes kemalangan jalan raya di Sarawak menunjukkan peningkatan dengan kadar membimbangkan setakat November lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata.

Menurutnya sepanjang tempoh Jun sehingga November 2024, sebanyak 19,964 kes kemalangan jalan raya direkodkan di Sarawak dan data tersebut menunjukan peningkatan 466 kes iaitu 24 peratus berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan sebanyak 19,498 kes.

“Stasistik kemalangan serta kematian di jalan raya pada tahun 2024 bagi negeri Sarawak masih tidak mampu untuk melegakan semua pihak.

“Walaupun dalam tempoh kajian, kes kemalangan maut menurun sebanyak 10 kes namun ianya tidak menggambarkan perubahan sikap yang ketara pengguna jalan raya seperti mana yang diharapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya Menjelang hari Krismas 2024 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak di Kuching pada Rabu.

Mancha mendedahkan juga kes kemalangan maut menunjukkan penurunan sebanyak 3 peratus iaitu daripada 336 kes pada tahun 2023 kepada 326 kes pada tahun 2024.

Sehubungan itu, menurutnya penganjuran Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya menjelang hari Krismas 2024 berperanan untuk mendidik dan menyampaikan informasi berkenaan jalan raya kepada masyarakat.

“Program tersebut kali ini bekonsepkan hari bertemu pelanggan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat akan peraturan dan undang-undang ketika menggunakan jalan raya,” jelasnya.

Katanya, ia juga merupakan satu inisiatif pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikis sikap negatif yang sering menjadi punca kemalangan jalan raya berlaku.

“Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya Menjelang hari Krismas 2024 ini berkonsepkan hari bertemu pelanggan bertujuan untuk menyampaikan informasi serta mendidik masyarakat.

“Ia memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya untuk mengikis sikap negatif yang sering menjadi punca kemalangan yang berlaku hari ini,” katanya.

Kampen pada kali ini akan berlangsung selama lima hari bermula pada 23 hingga 27 Disember 2024 terutamanya di kawasan-kawasan “hotpot” yang dijangka akan berlaku kesesakan aliran lalu lintas.

Bersempena dengan kempen tersebut juga, PDRM Sarawak khususnya Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) membuka kaunter semakan dan pembayaran saman mulai 18 hingga 20 Disember 2024 bertempat di Dewan Terbuka, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak bertujuan untuk membantu masyarakat setempat dan orang ramai menyelesaikan saman-saman PDRM yang tertunggak dengan kadar diskaun 50 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan