Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Lembaga Pengarah Sarawak Media Group, Datuk Dr Jeniri Amir dan Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Khusairi Abang menerima anugerah The BrandLaureate Best Brands Award2 2024 di Kuala Lumpur. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

TVS unggul raih anugerah The BrandLaureate Best Brands Awards

KUALA LUMPUR, 16 Dis: TV Sarawak (TVS) membuktikan kehadirannya dalam industri media tempatan semakin diterima apabila dianugerahkan The BrandLaureate Best Brands Award2 2024 bagi kategori visionary tech (media digital) malam tadi.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh tetamu kehormat majlis, Tengku Dato Dr. Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj dan Presiden Brandlaureate, Prof Dr KK Johan kepada Ahli Lembaga Pengarah Sarawak Media Group, Datuk Dr Jeniri Amir dan Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Khusairi Abang.

Sementara itu Khusairi berkata, anugerah itu ditujukan kepada seluruh warga stesen televisyen milik Kerajaan Sarawak itu yang sentiasa memberikan komitmen terbaik.

“TVS baharu berusia empat tahun, oleh itu peluang untuk lebih berjaya pada masa hadapan amat cerah sekiranya warga TVS terus bersatu hati untuk berkarya.

“Saya berasa bangga kepada semua warga TVS sebab anugerah ini untuk semua warga TVS , pekerjanya yang bertungkus lumus untuk menjayakan apa yang TVS ada sekarang,

“Insya-Allah kita akan maju lagi ke depan dalam bidang digital dan kandungan serta akan sentiasa menyediakan bahan – bahan dan kandungan bermutu dan berkualiti tinggi,” katanya,

Sementara KK Johan berkata, anugerah yang diterima setiap pemenang sangat berprestij kerana ia merupakan anugerah peringkat global.

“Setiap tahun kita ada penerima dari seluruh dunia, setakat ini lebih dari 18 buah negara dengan 2,500 jenama antarabangsa yang terima anugerah dan sudah pasti melonjakkan prestij mereka,” katanya.

Pada majlis sama, tiga organisasi lain dari Sarawak iaitu CCK Fresh Mart, Bintulu Port dan Sarawak Cultural Village turut menerima pengiktirafan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan