Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi ketika menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pertubuhan Turath Sarawak di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Tun Dr Wan Junaidi terima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Turath Sarawak

ByRegina Lee

KUCHING, 17 Dis: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Pertubuhan Turath Sarawak (TURATH Sarawak) di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Pengerusinya, Khalid Khan Abdullah Khan berkata, kunjungan hormat itu bertujuan untuk memperkenalkan TURATH Sarawak dan ahli jawatankuasa penganjurnya yang ditubuhkan pada Mac 2024.

Ujarnya, TURATH Sarawak pada asasnya adalah untuk memantapkan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, sama seperti yang diperjuangkan agensi jabatan kerajaan dan Majlis Agama Islam.

“Kita telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak dengan menawar untuk berkolaborasi dalam program keagamaan melibatkan asatizah, orang awam, belia dan pelajar.

“Setakat ni kita dah menjalankan dua aktiviti, pertamanya di Miri pada Jun lalu, dan baru-baru ini di masjid dan surau di Mukah, Oya dan Balingian dengan mengadakan perjumpaan dengan pengerusi dan jawatankuasa masjid/surau untuk berdialog,” katanya ditemui selepas melakukan kunjungan hormat berkenaan.

Beliau memaklumkan pada masa ini, bilangan keahlian TURATH masih rendah dan pihaknya sedang giat memperkenalkan pertubuhan itu.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi TURATH Sarawak Syed Alawi Mahdi Syed Mohamad, Timbalan Imam Besar Negeri Mohammad Ihsan dan Pengarah Jabatan Mufti Ahmad Sukarno. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan