Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa mengadakan pertemuan dengan Presiden Boeing Japan, Eric John di ibu pejabatnya di Chiyoda. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak intai peluang kerjasama dengan Boeing

ByDouglas Elliot

TOKYO, 17 Dis: Sarawak kini sedang mengintai peluang emas untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa Boeing dalam bidang pembangunan sektor tenaga boleh diperbaharui dan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF).

Dalam usaha merealisasikan hasratnya menjadi peneraju penggunaan bahan api alternatif, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata langkah strategik ini bukan sahaja mengukuhkan ekonomi negeri, tetapi juga memacu inovasi dalam sektor penerbangan global.

Dengan potensi besar yang ada dalam pengkomersialan SAF, Sarawak berazam untuk menyumbang kepada usaha mengurangkan jejak karbon dunia, sekali gus membuktikan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar.

“Kita kini melihat kepada jenis peluang yang ada untuk menjalin kerjasama antara Boeing dan Sarawak dalam usaha kita untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri.

“Sarawak kini giat menjalankan penyelidikan bersama Chitose Group berkaitan pembangunan pengeluaran SAF selain kerjasama dengan ENEOS Corporation (ENEOS) dalam pengeluaran hidrogen,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Boeing Japan, Eric John di ibu pejabatnya di Chiyoda.

Untuk rekod, Sarawak kini berada di landasan tepat dalam penghasilan minyak mentah berasaskan alga, dengan keupayaan lebih 10,000 tong sehari dari setiap 1,000 ekar kawasan tanaman alga di Bintulu.

Dalam masa yang sama, Abang Johari memberitahu bahawa perjumpaan itu juga berkaitan dengan sektor penerbangan yang bakal diambil alih oleh Kerajaan Sarawak.

“Mereka (Boeing Japan) adalah pusat untuk melihat perkembangan penerbangan yang menggunakan kapal terbang Boeing.

“Mereka juga mempunyai kerjasama dengan Boeing di Singapura serta jaringan Boeing di Asia Tenggara,” katanya sambil menambah bahawa ianya masih lagi di peringkat awal.

Boeing merupakan antara syarikat penerbangan peneraju bagi penggunaan SAF dengan pelaburan melebihi USD400 juta bagi pembangunan projek itu di Australia.

Syarikat penerbangan itu juga merupakan antara yang pertama untuk menggunakan bahan api berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan