Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Harvey Seah bersama keluarganya menikmati hidangan enak disajikan di Restoran Sampan House, Kuching. Foto TVS

Sampan House menggamit kenangan masakan air tangan ibu

KUCHING, 16 Dis: Inspirasi merentasi sungai menggunakan sampan demi menikmati masakan air tangan ibu telah mencetuskan idea untuk mewujudkan Restoran Sampan House yang kini berkongsi nikmat rasa autentik bersama warga Sarawak.

Menurut pembantu ketua chef, Semuel John, 36, ramuan dan rencah masakan di Sampan House disediakan secara istimewa dengan menggunakan bahan-bahan segar yang ditanam dan dihasilkan sendiri.

Faktor ini menjadikan masakan di Sampan House lebih istimewa berbanding restoran lain di sekitar Kuching.

“Kami menggunakan ramuan yang dihasilkan sendiri atau homemade. Selain itu, ketua chef kami mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang masakan, manakala saya sendiri telah berkecimpung dalam dunia masakan selama lebih 20 tahun.

“Dengan pengalaman ini, setiap hidangan disediakan dengan teliti, bermula dari pemilihan bahan mentah sehingga proses memasaknya,” ujarnya ketika ditemui di Restoran Sampan House pada Isnin.

Pengunjung tetap restoran itu, Meezan Chia, 22, mengakui rasa masakan di Sampan House sering mengingatkannya kepada masakan ibunya di rumah.

“Makanan di sini kena dengan selera saya. Setiap kali datang, saya pasti memesan lebih daripada dua hidangan. Tambahan pula, kakitangan restoran ini sangat mesra dan profesional.

“Jika saya ingin menambah makanan atau minuman, mereka akan melayani dengan pantas. Harga makanan di sini juga berpatutan. Hidangan kegemaran saya adalah mi jawa dan kuetiau, malah saya boleh makan dua mangkuk sekali gus,” katanya.

Seorang lagi pengunjung cilik, Harvey Seah, 9, memilih Sampan House kerana ia membolehkannya meluangkan masa berkualiti bersama keluarganya sambil menikmati hidangan kegemarannya.

“Saya suka makan di sini kerana makanannya sedap dan saya boleh datang bersama keluarga. Makanan kegemaran saya adalah chicken chop,” ujarnya.

Restoran Sampan House yang terletak di Pusat Komersial Tabuan Stutong menyediakan hidangan khas atau signature dish seperti Nasi Lemak Sampan, Mi Kari Laksa Sampan, Mi Jawa Sate Ayam Sampan, Tauhu Bakar, serta minuman menyegarkan seperti Cendol Gula Apong Sarawak dengan Ais Krim dan jus limau asamboi.

Semua hidangan ini boleh dinikmati seawal jam 7.00 pagi setiap hari.

Untuk merasai sendiri kenikmatan masakan yang diinspirasikan daripada air tangan ibu, orang ramai dijemput berkunjung ke Restoran Sampan House di Lot 12 dan 13, Pusat Komersial Tabuan Stutong.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, hubungi talian 011-39818818 atau layari laman Facebook rasmi mereka, Sampan House.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan