Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rahman Mohd Din berucap pada Program Taklimat Pembangunan Integriti Bersama Komuniti di Kuching, hari ini. Foto TVS

Program taklimat integriti perkasa budaya integriti dalam komuniti

KUCHING, 17 Dis: Program Taklimat Pembangunan Integriti Bersama Komuniti merupakan inisiatif berterusan Kerajaan Sarawak bagi memperkasakan budaya integriti dalam kalangan penjawat awam dan komuniti setempat.

Program ini bertujuan memperkenalkan serta mengukuhkan prinsip integriti dalapenm kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang memainkan peranan penting dalam penyampaian perkhidmatan awam kepada masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, Rahman Mohd Din berkata program ini adalah langkah strategik bagi menyatukan komuniti dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengenal pasti isu-isu setempat dan melaksanakan penyelesaian berimpak tinggi.

“Kerjasama antara komuniti dan PBT bertujuan meningkatkan pembudayaan serta amalan integriti, terutamanya dalam aspek kualiti penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus yang baik,” katanya ketika berucap pada Program Taklimat Pembangunan Integriti Bersama Komuniti di sini, hari ini.

Program ini turut memberikan pendedahan kepada pelbagai inisiatif serta amalan terbaik pengurusan integriti yang dilaksanakan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Antara pengisian utama adalah sesi taklimat khas oleh Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK) dan perkongsian pengalaman daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya yang berjaya melaksanakan program CIB sebelum ini.

Program ini memberi pelbagai manfaat, termasuk menerapkan nilai integriti dalam penyelesaian isu setempat secara inklusif, meningkatkan kolaborasi antara komuniti dan PBT serta memastikan penyampaian perkhidmatan awam lebih cekap dan berkesan.

Seramai 100 peserta, terdiri daripada wakil-wakil PBT hadir menyertai program ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan