Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma sebelum bertolak ke Mesir. Foto Biro Pers Istana

Prabowo akan berkunjung ke Malaysia bertemu Anwar selepas melawat Mesir

ByBernama

PRABOWO AKAN BERKUNJUNG KE MALAYSIA BERTEMU ANWAR SELEPAS MELAWAT MESIR

JAKARTA, 17 Dis: Presiden Prabowo Subianto akan mengadakan kunjungan ke Malaysia untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas lawatan rasmi beliau ke Kaherah, Mesir.

“(Saya) juga mampir (singgah) ke Malaysia untuk bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” kata Prabowo di sidang media di Lapangan Terbang Tentera Udara Halim Perdanakusuma di Jakarta Timur.

Beliau berlepas ke Kaherah pada Selasa sempena lawatan rasmi dan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun dalam Kerjasama Ekonomi (D8) yang berlangsung dari 17 hingga 19 Dis.

Kunjungan Presiden Indonesia ke Mesir ini merupakan yang pertama sejak 2013.

“Mesir adalah sahabat dekat kita, rakan strategik bagi Indonesia dan negara penting di Timur Tengah,” kata Prabowo.

Di Kaherah, beliau dijadualkan bertemu dengan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Kepresidenan Al Ittihadiyah.

Selain agenda bilateral, Prabowo juga akan menghadiri sidang kemuncak D-8 dan mengambil alih jawatan Pengerusi D-8 daripada Pengerusi semasa, Mesir, bagi tempoh 2026-2027.

Selesai sidang kemuncak, beliau dijadualkan melakukan pertemuan tidak rasmi dengan beberapa tokoh ekonomi dan industri.
“Dalam kondisi (suasana) sekarang, saya kira sidang kemuncak D-8 ini adalah suatu acara yang penting, kerana itu saya hadir,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan