Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja dan seorang guru maut dalam insiden tembakan yang berlaku di sebuah sekolah swasta di tenggara Wisconsin pada Isnin. Foto hiasan Envato

Pelajar, guru maut ditembak di sekolah Wisconsin

ByBernama

WASHINGTON, 17 Dis: Seorang remaja dan seorang guru maut dalam insiden tembakan yang berlaku di sebuah sekolah swasta di tenggara Wisconsin pada Isnin, lapor United Press International (UPI).

Sekurang-kurangnya dua pelajar berada dalam keadaan kritikal, sementara suspek seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun dari sekolah yang sama ditemukan maut di tempat kejadian, kata pihak berkuasa kepada CNN.

“Kami percaya penembak adalah pelajar yang sudah berada di kawasan sekolah. Tiada maklumat menunjukkan berlaku sebarang pencerobohan ke dalam premis sekolah,” kata Ketua Polis Madison, Shon Barnes.

Beliau turut memaklumkan bahawa keluarga suspek sedang bekerjasama dengan pihak polis dan siasatan untuk mengenal pasti motif kejadian masih diteruskan.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menyifatkan kejadian itu sebagai “menggemparkan dan tidak dapat diterima.”

“Kami memerlukan Kongres untuk bertindak. Sekarang,” tegas Biden dalam satu kenyataan.

“Jill dan saya berdoa untuk semua mangsa hari ini, termasuk guru dan pelajar yang terkorban serta mereka yang cedera. Kita tidak boleh menerima keganasan yang memberi trauma kepada kanak-kanak, keluarga mereka, dan memecahbelahkan komuniti,” katanya.

Beliau turut menyeru Kongres untuk meluluskan undang-undang keselamatan senjata api yang lebih ketat bagi mencegah kejadian seperti ini daripada berulang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan