SIBU, 17 Dis: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terus giat melancarkan operasi mencari warganegara India yang lemas selepas jatuh dari kapal di Sungai Rajang di sini, yang memasuki hari keenam hari ini.
Komander Operasi, Winston Tan berkata, pasukan SAR telah memulakan pencarian dengan cara surface searching dalam jarak sekitar 25 kilometer dari lokasi Pusat Kawalan Bomba (PKB) mulai jam 8 pagi tadi.
“SAR ini dilakukan bersama-sama agensi lain seperti Polis Marin, JBPM, dan APM menggunakan beberapa bot dan pencarian terus diperluaskan.
“Pasukan SAR juga menambah beberapa lokasi baharu untuk dicari seperti di Perairan Salim, Ulu Lanang, Tanjung Salalo dan Sungai Igan, setakat ini mangsa masih belum dijumpai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kejadian pada Khamis lalu, mangsa Kumar Dinesh,21, dikhuatiri jatuh kapał di Syarikat Metagaya Sdn Bhd, Jalan Stabau, Sungai Rajang.
Mangsa menggunakan baju merah lengan panjang, seluar sukan warna hitam semasa kejadian.-TVS