Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Jerman pada Isnin melaporkan empat kes varian baharu Clade Ib virus mpox, termasuk dua jangkitan melibatkan kanak-kanak dalam sebuah komuniti di barat negara itu berhampiran Cologne. Foto hiasan Envato

Mpox: 4 kes varian baharu dilaporkan di Jerman

ByBernama

BERLIN, 17 Dis: Pihak berkuasa Jerman pada Isnin melaporkan empat kes varian baharu Clade Ib virus mpox, termasuk dua jangkitan melibatkan kanak-kanak dalam sebuah komuniti di barat negara itu berhampiran Cologne.

Kes pertama disahkan selepas seorang ahli keluarga melakukan perjalanan ke Afrika. Ujian lanjut mendapati virus itu turut menjangkiti tiga ahli keluarga lain, menurut kenyataan media daripada komuniti berkenaan. Keluarga itu kini sedang menjalani kuarantin, lapor Xinhua.

Sebagai langkah berjaga-jaga, bilik darjah di sekolah yang dihadiri dua kanak-kanak yang dijangkiti itu telah ditutup, dan pelajar akan mengikuti pembelajaran dalam talian sehingga Jumaat.

Jerman mencatatkan kes pertama varian Clade Ib pada Oktober lepas. Tiada kematian berkaitan mpox dilaporkan di negara itu setakat ini. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan