Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki warganegara asing maut manakala isterinya cedera parah selepas kereta dipandu melanggar tiang lampu dan pokok dalam kemalangan kendiri di Jalan Kulas, Kuching, tengah hari semalam. Foto IPD Kuching

Lelaki warganegara asing maut, isteri cedera parah kemalangan kendiri di Jalan Kulas

KUCHING, 17 Dis: Lelaki warganegara asing maut manakala isterinya cedera parah selepas kereta dipandu melanggar tiang lampu dan pokok dalam kemalangan kendiri di Jalan Kulas di sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Farhan Lee Abdullah berkata, kereta Perodua Axia dipandu mangsa datang dari arah jambatan Tun Abdul Rahman Yaakop menuju ke lampu isyarat Satok dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu.

“Kereta tersebut dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar tiang lampu dan sebatang pokok yang terdapat di tengah pembahagi jalan.

“Kedua-dua mangsa berusia lingkungan 70-an dihantar oleh pihak ambulans ke unit kecemasan Hospital Umum Sarawak( HUS), pemandu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 1.43 tengah hari manakala isterinya yang merupakan penumpang mengalami kecederaan parah dan masih menerima rawatan di HUS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita menyeru agar mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Shazwina Alfera Ah Yit @ Suaip di talian 016-7433078 / 082-259900 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan