Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra berkata pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengukuhkan hubungan dua hala dan membuka jalan untuk mempercepat pelaksanaan projek bersama. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Lawatan ke Malaysia buka jalan pelaksanaan projek bersama, keterjaminan makanan – Paetongtarn

ByBernama

BANGKOK, 17 Dis: Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra berkata pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengukuhkan hubungan dua hala dan membuka jalan untuk mempercepat pelaksanaan projek bersama.

Paetongtarn menekankan kemajuan yang dicapai dalam bidang utama, termasuk pengurangan banjir, pengurusan sempadan, dan kerjasama perdagangan, sepanjang perbincangan antara Thailand dan Malaysia.

“Walaupun lawatan itu singkat, kemajuan ketara berjaya dicapai dalam kerjasama dua hala,” katanya dalam wawancara yang disiarkan pada Isnin, merujuk kepada hasil lawatan rasmi beliau ke Malaysia.

Beliau menyatakan bahawa perbincangan itu berjaya membina asas daripada inisiatif tahun lepas di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Srettha Thavisin.

“Isu utama yang dibincangkan termasuk cabaran sempadan, kerjasama ekonomi, projek pengurusan banjir seperti mendalamkan Sungai Golok, penambahbaikan logistik, serta situasi di wilayah sempadan selatan Thailand. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa isu ini perlu diselesaikan tanpa keganasan,” katanya.

Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa kedua-dua negara membincangkan kerjasama dalam keterjaminan makanan, dengan Thailand menekankan komitmennya untuk mempromosikan eksport makanan halal yang diperakui.

Beliau berkata pensijilan itu dijangka memperluaskan pasaran Thailand ke negara jiran dan lebih jauh lagi.

Paetongtarn juga menegaskan kepentingan kerjasama dalam pendidikan, dengan Malaysia dikenal pasti sebagai destinasi utama bagi pelajar Thailand menerusi satu program biasiswa yang dicadangkan.

Berhubung banjir, Perdana Menteri mengumumkan rancangan untuk menubuhkan jawatankuasa bersama yang akan merangka strategi menangani risiko banjir di kedua-dua negara.

Beliau turut menyatakan kesediaan kedua-dua pihak untuk meningkatkan peluang pelaburan bersama, dengan memberi tumpuan kepada projek yang memberi manfaat bersama berdasarkan pendekatan menang-menang.

Semasa lawatan itu, perjanjian berkaitan pertanian dan kerjasama kebudayaan turut dimeterai, sekali gus mengukuhkan lagi  hubungan dua hala.

Paetongtarn mengakhiri kenyataan dengan menjemput Perdana Menteri Malaysia untuk melakukan lawatan rasmi ke Thailand.

Beliau menegaskan bahawa lawatan sedemikian akan mempercepatkan kemajuan inisiatif bersama, dengan hasil yang dijangka dapat dilihat seawal tahun depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan