Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan bercakap kepada TVS di pejabatnya di Putrajaya hari ini. Foto, Amirudin (TVS).

KPM susun pendekatan perkasa TVET, tingkat keupayaan tenaga pengajar di seluruh negara

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 17 Dis: Seramai 10,056 pengajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara akan terlibat dalam program peningkatan latihan dan pelatihan semula tenaga pengajar pada tahun depan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, menerusi peruntukan RM9 juta yang diberikan kerajaan dalam Belanjawan 2025, ia akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk melaksanakan dua program itu secara berterusan melibatkan pengajar di Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan sekolah harian yang menawarkan program TVET.

“Kita akan meningkatkan jumlah tenaga pengajar berkaitan dengan persijilan professional yang pada pengamatan kita amat diperlukan selari dengan perkembangan teknologi dan juga industri masa kini.

“Selain daripada itu, kita akan menggunakan peruntukan itu untuk program sangkutan industri di dalam dan luar negara dan dengan ia relevan dengan program-program teknikal yang kita (KPM) tawarkan.

“Pada masa sama, ia (peruntukan) juga digunakan untuk melantik pakar industri sebagai pensyarah jemputan dan penyedia latihan dengan mereka akan menyediakan modul yang bersesuaian kepada tenaga pengajar kita,” katanya ketika ditemui di TVS di pejabatnya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azman berkata pihaknya optimis langkah KPM itu mampu memperkasa keupayaan tenaga pengajar TVET di seluruh negara dalam aspek pengajaran.

Azman menambah, menerusi inisiatif itu juga, tenaga pengajar yang terlibat akan memperoleh sijil TVET-I, Sijil SKM, sijil tauliah penilai dan pengurus pusat bertauliah.

Dalam pada itu, mengulas mengenai peningkatan kadar Bantuan Geran Per Kaptita (PCG) kepada 15 peratus berjumlah RM59 juta dalam Belanjawan 2025, Azman menyifatkan ia akan memberikan impak besar dalam meningkatkan kualiti program TVET.

“PCG ini akan digunakan khususnya untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran melibatkan 16 program di KV, 22 program mata pelajaran MPV di sekolah-sekolah harian, empat mata pelajaran elektif ikhtisas di sekolah menengah harian dan juga lima mata pelajaran elektif teknikal di SMT.

Azman menjelaskan, peningkatan PCG berjumlah RM8 juta berbanding Belanjawan 2024 itu akan dimanfaatkan oleh pihaknya dengan akan melakukan pembelian peralatan dan mesin terkini, selain menaik taraf bengkel dan makmal serta melakukan penambahbaikan kurikulum TVET melalui penggunaan pembelajaran simulasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan