Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kestabilan politik dan kewangan kukuh menjadikan Sarawak menonjol dalam Malaysia. Foto hiasan TVS

Kewangan kukuh ‘kunci’ dalam pelaksanaan program pembangunan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 17 Dis: Kestabilan politik dan kewangan kukuh menjadikan Sarawak menonjol dalam Malaysia, demikian menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Dzul Hadzwan Husaini.

Menurutnya, politik yang stabil menjadikan wilayah ini memiliki suara yang kuat di peringkat Persekutuan.

“Kekuatan ini membuahkan hasil seperti hak kutipan cukai jualan minyak dan gas dan terbaru ini soal mengurus pengeluaran pembekalan serta pengeluaran gas,” katanya kepada TVS.

Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terkini tentang agregator gas di Sarawak yang formulanya akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut berkata perkara ini sudah selesai.

Dzul Hadzwan berkata sumber alam yang diuruskan sendiri oleh wilayah ini akan memboleh kerajaan Sarawak memperuntukkan dana mencukupi untuk tujuan pembangunan yang dirasakan lebih mustahak.

Menurutnya lagi, kedudukan kewangan yang kukuh membolehkan Sarawak membiayai program pembangunan yang mendatangkan manfaat kepada rakyat.

“Ini terbukti sewaktu 2018, negeri Sarawak menjadi pembangkang, dan banyak projek rakyat dibatalkan, kita masih kuat berdiri pada waktu itu kerana sumber kewangan yang ada boleh dikatakan cukup,” jelasnya.

Mengenai kelantangan pemimpin Sarawak menuntut hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita bukan ingin mengambil hak org lain, kita hanya ingin pertahankan hak kita, masih ramai lagi rakyat kita hidup dalam kekurangan. Ini memerlukan sumber kewangan yang mencukupi,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan