MESIR, 17 Dis: Asrama Kenyalang di Mesir dalam proses dibaik pulih bagi memberi keselesaan kepada pelajar Sarawak yang menuntut di negara tersebut.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, kerja baik pulih asrama itu dijangka siap pada Mac 2025.
“Asrama ini menempatkan pelajar Sarawak yang menuntut dalam bidang agama dan perubatan di Mesir.
“Setakat ini, seramai 53 pelajar Sarawak masih menuntut di Mesir,” katanya ketika melawat Asrama Kenyalang (Rumah Sarawak) Mesir.
Pada lawatan tersebut, Dr Abdul Rahman berkesempatan melawat dan meninjau perkembangan kerja baik pulih Asrama Kenyalang.
Ia merupakan sebahagian lawatan kerja Dr Abdul Rahman di Mesir.
Selain itu, Dr Abdul Rahman turut mengadakan perbincangan dengan wakil persatuan pelajar Sarawak di Mesir.
Turut hadir Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Mual Sauod.-TVS