Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Projek tersebut memperkenalkan perangkap sampah yang diperbuat daripada bahan buangan dan sebuah pulau terapung yang dibina menggunakan botol plastik serta bahan kitar semula.

Inovasi pulau terapung tangani masalah sampah di Kampung Sim-Sim

SANDAKAN, 17 Dis: Future Alam Borneo (FAB), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar, baru-baru ini melancarkan projek inovatif di Kampung Sim-Sim untuk menangani masalah sampah yang bertimbun di bawah rumah atas air.

Projek berkenaan memperkenalkan perangkap sampah yang dibina daripada bahan buangan, serta pulau terapung yang terbuat dari botol plastik dan bahan kitar semula.

Pengerusi FAB, Anton Ngui berkata perangkap sampah sepanjang 150 meter dipasang di tepi kampung untuk menangkap sampah, sementara pulau terapung itu bertujuan mencantikkan kawasan dan menyediakan ruang rekreasi kepada penduduk.

Anton juga menegaskan bahawa masalah pencemaran ini adalah tanggungjawab bersama, terutama untuk generasi muda yang diharapkan dapat mengubah tingkah laku terhadap kebersihan.

“Kami mencipta perangkap sampah atau ‘jaring sampah’ ini menggunakan bahan-bahan seperti jaring lama dan botol air plastik. Jaring sepanjang 150 meter dipasang di sepanjang tepi Kampung Sim-Sim untuk menangkap sampah,” katanya kepada TVS hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa pulau terapung yang dibina itu bertujuan mencantikkan kawasan sambil menyediakan ruang rekreasi kepada penduduk.

“Matlamat kami adalah untuk mencipta ruang di mana komuniti boleh menjalankan aktiviti seperti memancing, menyelam dan berenang, selain menjadikannya simbol positif bahawa sampah boleh diubah menjadi sesuatu yang bernilai.

“Ini adalah Sandakan kita, Sabah kita. Kita semua bertanggungjawab memastikan persekitaran kita bersih dan selamat. Usaha ini diharapkan dapat membawa perubahan tingkah laku, terutamanya dalam kalangan generasi muda,” ujarnya.

Pengurus projek, Ismail Salan dalam pada itu mendedahkan cabaran terbesar melibatkan aktiviti mereka mengubah sikap penduduk, terutama dewasa, untuk lebih prihatin terhadap kebersihan.

“Selain itu, FAB aktif memberi pendidikan kepada golongan muda di kampung, dengan kerjasama sekolah seperti Sekolah Menengah Sung Siew yang baru-baru ini meraih tempat kedua dalam pertandingan Toyota Eco Youth,” katanya lagi.

Justeru itu, ,elalui projek ini, Ismail berharap dapat meningkatkan kesedaran alam sekitar dan memperjuangkan pengurusan sampah yang lebih baik, dengan harapan ia dapat diteruskan oleh generasi muda demi menjaga kebersihan dan kelestarian persekitaran.

Sejak penubuhannya pada 2014, FAB aktif menjalankan pelbagai program kesedaran alam sekitar di Sabah, termasuk festival hidupan liar dan pemasangan seni kitar semula.

“Projek terbaru di Kampung Sim-Sim ini menekankan kepentingan menangani pencemaran plastik sebagai isu mendesak di negeri ini.

“Harapan kami adalah agar usaha ini dapat diteruskan oleh generasi muda di sini supaya kesedaran terhadap kebersihan dan pengurusan sampah dapat dipertahankan,” tegasnya. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found