Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Definisi golongan T15 susulan langkah penyasaran subsidi oleh kerajaan bakal ditentukan berdasarkan pendapatan boleh guna bersih (NDI), Dewan Negara dimaklumkan hari ini. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Penyasaran Subsidi T15, kerajaan pertimbang pendapatan boleh guna bersih

ByHandy G

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Definisi golongan T15 susulan langkah penyasaran subsidi oleh kerajaan bakal ditentukan berdasarkan pendapatan boleh guna bersih (NDI), Dewan Negara dimaklumkan hari ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata ini bagi memastikan penyasaran yang lebih adil dan inklusif.

“Kerajaan sedang merangka pendekatan lebih teliti dan lebih tepat berbanding sistem pengkelasan berdasarkan pendapatan kasar sebelum ini,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Rafizi menjawab soalan Senator Baharuddin Ahmad yang ingin tahu mengenai kriteria penyasaran subsidi yang melibatkan bahan api, pendidikan dan kesihatan seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025.

Sementara itu beliau turut memaklumkan bahawa mekanisme baharu berkenaan akan menggunakan data daripada sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang merangkumi elemen Pendapatan dan Anggaran Kos Wajar (PAKW).

“PAKW mengambil kira keperluan asas serta kos sara hidup di kawasan berbeza seperti bandar dan luar bandar, bagi memberikan gambaran tepat mengenai kemampuan sebenar isi rumah.

“Langkah ini penting untuk mengurangkan risiko keciciran dan memastikan bantuan hanya sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” tegas Rafizi.

Untuk rekod, pelaksanaan penyasaran subsidi ini dijangka bermula pertengahan 2025, dengan subsidi RON95 menjadi tumpuan utama.

Tambah Rafizi, kerajaan komited memastikan 85 peratus rakyat yang layak tidak akan terjejas, selaras dengan usaha memperkukuh kedudukan fiskal negara serta meningkatkan pembangunan sosioekonomi yang mampan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan