Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran didapati menurun kepada 36.8 peratus pada suku ketiga 2024 berbanding 37.3 peratus pada suku ketiga 2023. Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Kadar guna tenaga tidak penuh menurun kepada 36.8 peratus

ByNur Suhaida Muliyono

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Kadar guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran didapati menurun kepada 36.8 peratus pada suku ketiga 2024 berbanding 37.3 peratus pada suku ketiga 2023.

Sehubungan itu Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata, kementeriannya sedang melaksanakan beberapa inisiatif bagi meningkatkan penyertaan semua golongan siswazah dalam tenaga kerja.

Jelas beliau inisiatif menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara lain akan mempergiatkan beberapa program bagi menggalakkan penyertaan tenaga kerja termasuk Bumiputera melalui penyediaan platform portal MYFutureJobs.

“(Ini juga sebagai) usaha menambah baik pemadanan antara bidang kelulusan dengan jenis pekerjaan yang ditawarkan dan membangunkan Sistem Carrier Bridge Tool yang merupakan sistem berteraskan kaedah dalam talian yang membantu menghubungkan graduan dengan pekerjaan yang sepadan mengikut kelayakan mereka menerusi platform portal MYFutureJobs.

“Selain itu, (kita juga) membangunkan Sistem Wage Guide’ untuk membantu graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mengenal pasti dan mengukur potensi sekali gus membuat keputusan tepat dalam pilihan kerjaya mereka,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Salehuddin Saidin yang ingin tahu tindakan kerajaan dalam menangani isu kadar guna tenaga kerja yang bekerja tidak mengikut kesesuaian kemahiran dan kelayakan terutamanya dalam kalangan para graduan.

Pada masa sama Steven memaklumkan kementeriannya juga telah menandatangani 66 memorandum kerjasama (MoC) dengan pelbagai industri pada tahun ini termasuk industri minyak dan gas, elektrik dan elektronik, automotif, hospitaliti, pembinaan, perladangan, perabot dan telekomunikasi.

“Program latihan kemahiran ini meliputi aspek teori dan praktikal turut ditawarkan bersesuaian dengan permintaan industri semasa melalui agensi-agensi di bawah kementerian menerusi agensi seperti Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCorp),” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan