Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Johnie memeriahkan majlis makan malam PPWS Daro pada Ahad. Foto UKAS.

Wanita perlu aktif dalam aktiviti sosial, ekonomi

DARO, 16 Dis: Wanita perlu lebih aktif dalam aktiviti sosial dan ekonomi kerana mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat.

Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi berkata, penglibatan dalam aktiviti sosial, wanita dapat memperkasakan komuniti melalai kerja amal, pendidikan dan sokongan kebajikan.

Malah menurutnya, dengan menceburi bidang perniagaan, keusahawanan dan sektor pekerjaan, wanita turut membantu meningkatkan pendapatan isi rumah serta merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

“Selain itu, penglibatan wanita dalam kedua-dua bidang ini juga dapat mengurangkan jurang gender, memberi peluang kepada mereka untuk mempertingkatkan kemahiran dan memperoleh pendapatan sendiri sekali gus memperkuat kedudukan mereka dalam masyarakat.

“Justeru, saya selaku wakil rakyat amat menghargai sumbangan besar PPWS di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak ( PPWS) Daerah Daro, di Dewan Masyarakat Daro, malam tadi.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan penyampaian hadiah kepada ahli PPWS yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan sepanjang tahun.

Sebagai penutup, hadirin menikmati hidangan istimewa dalam suasana penuh keakraban.

Program tersebut bukan sahaja bertujuan meraikan pencapaian PPWS Daerah Daro tetapi platform mengeratkan hubungan antara ahli serta memberi penghargaan kepada sumbangan wanita dalam pembangunan komuniti.

Turut hadir Pegawai Daerah Daro Zul Usop , Ketua Polis Daerah Daro, Rahim Mohos dan pemimpin masyarakat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan