Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

UK secara rasmi sertai blok perdagangan Asia-Pasifik CPTPP

ByBernama

LONDON, 16 Dis:  United Kingdom (UK) secara rasmi menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pada Ahad, menjadikannya negara Eropah pertama menyertai blok perdagangan Asia-Pasifik, lapor Xinhua.

Perjanjian perdagangan melibatkan 12 negara itu dijangka menyumbang peningkatan ekonomi UK sebanyak £2 bilion (kira-kira US$2.52 bilion) setahun dalam jangka panjang, menurut Jabatan Perniagaan dan Perdagangan UK.

Jabatan itu dalam laman sesawangnya menyatakan bahawa penyertaan UK dalam CPTPP merupakan tonggak utama kepada Rancangan Perubahan kerajaan, yang bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Rancangan itu dijangka menyumbang peningkatan gaji isi rumah sebanyak £1 bilion (US$1.26 bilion) setahun, sambil memberi manfaat kepada semua wilayah di negara itu.

“Perjanjian seperti ini meningkatkan perdagangan dan mewujudkan peluang untuk syarikat-syarikat UK di luar negara, menyokong pekerjaan, menaikkan gaji, dan merangsang pelaburan di seluruh negara,” kata Setiausaha Perniagaan dan Perdagangan UK, Jonathan Reynolds.

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC UK, Ian Stuart, menegaskan kepentingan blok perdagangan itu dengan berkata: “Sejak pengumuman penyertaan UK pada Julai 2023, kami melihat peningkatan dalam pembayaran antara pasaran CPTPP dan UK, dan kami menjangkakan pertumbuhan ini akan berterusan.” -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan