Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak ( Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri- Persekutuan)Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali melawat tapak pameran pada Hari Terbuka TVET Pembinaan Akademi Binaan Malaysia bertempat di CIDB Negeri Sarawak. Foto Nadim Bokhari (TVS)

TVET pemangkin pembangunan Sarawak

ByMadeline Dugat

KUCHING, 16 Dis: Kerajaan Sarawak terus membangunkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai penggerak industri sekali gus pemangkin pembangunan wilayah ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri- Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, usaha tersebut penting selaras dengan komitmen Kerajaan Sarawak memacu agenda Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) bagi memastikan hasrat menjadi sebuah negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030 tercapai.

“Sekarang memang Sarawak mahu memastikan pembangunan infrastruktur di seluruh wilayah ini terus maju dan ia memerlukan kemahiran TVET dalam bidang pembinaan kerana kita mahu melatih anak-anak kita sendiri.

“Kita tidak perlu lagi bergantung kepada pekerja luar sebab banyak isu berlaku berkaitan pemerintahan dan ini boleh melambatkan projek pembangunan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Terbuka TVET Pembinaan Akademi Binaan Malaysia bertempat di CIDB Negeri Sarawak, pada Isnin.

Hasidah turut menekankan pendidikan TVET adalah kunci kepada masa depan cerah terutamanya kepada generasi muda untuk mempersiapkan diri dengan kemahiran baharu.

“Kalau di Eropah atau Amerika Syarikat yang ada kelayakan kemahiran ini akan dibayar lebih tinggi.

“Pengetahuan ini adalah satu trend masa depan seluruh dunia, jadi kita akan terus perkasakan rakyat kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, Hasidah turut menggesa pemain industri, syarikat besar yang mendapat kontrak di Sarawak berkolaborasi dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk menyumbang dari sudut kemahiran teknikal yang diperlukan dalam industri.

“Ini juga mungkin menjadi satu tempat untuk anda membina kerjaya masa depan yang cerah,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan