BRUNEI, 16 Dis: Pasukan sofbol lelaki Sarawak, SWK Sluggers mencipta sejarah selepas menjuarai President’s Cup 2024 di Brunei Darussalam.
Ketua Jurulatih SWK Sluggers Aaron Abel Donald berkata, ini merupakan kemenangan pertama buat pasukan sofbol Sarawak.
“Saya sendiri juga pernah mengambil bahagian dalam pertandingan ini di Brunei sejak tahun 2010, selepas 14 tahun ini adalah kali pertama saya dan pasukan saya dinobatkan sebagai juara.
“Kami sentiasa melihat Brunei sebagai rakan sparring kami kerana ia lebih dekat dan kos yang lebih rendah berbanding menyertai kejohanan di Semenanjung Malaysia. Kami sentiasa menyertai kejohanan di Brunei untuk menimba pengalaman dan pendedahan permainan kepada pemain,” katanya ketika dihubungi TVS.
SWK Sluggers diwakili oleh atlet SUKMA dan pemain senior negeri dari Miri, Bintulu dan Kuching.
@tvsarawak Pasukan sofbol lelaki Sarawak, SWK Sluggers mencipta sejarah selepas menjuarai President’s Cup 2024 di Brunei Darussalam. 📹 SWK Sluggers 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! TVS122 TVSNews TVSarawak
Dalam perlawanan akhir, SWK Sluggers menewaskan Black Arrows 1 (3-1) yang berlangsung di Brunei petang semalam.
President’s Cup 2024 dianjurkan oleh Brunei Amateur Softball and Baseball Association (BASBA). – TVS