Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memulakan lawatan kerja di Jepun dengan melawat Pusat Penyelidikan Hidrogen ENEOS di Yokohama, hari ini. Foto Zaim (TVS)

Sarawak bakal hasilkan hidrogen menerusi teknologi MCH

ByDouglas Elliot

TOKYO, 16 Dis: Sarawak bakal menghasilkan hidrogen hijau menerusi methylcyclohexane (MCH) sebagai langkah mengurangkan kos penghasilan sumber tenaga tersebut.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, teknologi petrokimia berkenaan akan memudahkan proses penghasilan hidrogen tanpa perlu melalui proses reaksi tambahan mahupun penyimpanan.

“Kita kini mempunyai Projek H2ornbill, jadi proses pengeluaran hidrogen di Sarawak akan mengeluarkan MCH dan ianya akan dibawa ke Jepun untuk kegunaan negara tersebut.

“Teknologi baharu ini mungkin dapat menurunkan kos pengeluaran hidrogen dan memberi manfaat kepada kita sebagai pengeluar hidrogen dan juga pasaran termasuk industri lain,” katanya.

Terdahulu, Abang Johari mengetuai delegasi Sarawak dalam lawatan ke Pusat Penyelidikan ENEOS yang terletak di Yokohama.

Dalam lawatan berkenaan, Abang Johari diberi taklimat dan dibawa untuk melihat fasiliti pembuatan bahan api sintetik serta teknologi tangkapan udara langsung (DAC) dan MCH.

MCH merupakan komponen penting dalam penghasilan tenaga hidrogen kerana bertindak sebagai pembawa hidrogen organik cecair yang membolehkan penghantaran dilakukan dalam kuantiti yang lebih besar.

Teknologi petrokimia ‘Direct MCH’ oleh ENEOS ini juga membolehkan MCH dihasilkan terus daripada sumber tenaga boleh diperbaharui seperti air dan solar dengan mudah.

Menurut Abang Johari, Jepun kini menjalankan dua kajian iaitu di Brisbane, Australia menggunakan solar dan Sarawak menggunakan hidro.

“Kita mengunjurkan menjelang 2028, kita akan mengeluarkan hidrogen menggunakan teknologi baharu ini,” ujarnya.

Tambahnya, projek H2ornbill dan Projek H2biscus yang diterajui SEDC Energy (SEDCE) akan membekalkan lebih 240,000 tan hidrogen bagi tujuan eksport pada peringkat permulaannya.

Lawatan sama turut disertai dua timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, serta Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan